Thursday, June 7, 2012

 
ehem ehem hai guys , hihi dah lama dah kau tak update blog buruk lagi annoying lagi nak muntah bila tengok .hmm lama ke tak lama ke still nak update jugak .ni dah kira second diari aku lahh kot .selalu merepek kat twitter aku ni jer kot .tapi harini nak cerita benda baik lah sikit mana tahu boleh mendatangkan keinsafan buat aku .

setiap yang hidup pasti akan mati kan .jadi kita kena lah sentiasa beringat sebab kita tidak tahu kapan maut akan menjemput kita .sempena harini hari jumaat saya nak share sikit tentang saat saat atau tanda tanda kematian hampir menjemput kita .ada banyak peringkat contohnya;

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
 
 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
 
 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
 
 
7 hari : Mengidam makanan.
 
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak
.
 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
 
 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
 
 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
 
 Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

so ini adalah antara tanda tanda yang bakal kita rasakan saat maut akan datang menjemput kita .jika orang itu seorang yang beriman dan dapat merasai semua tanda tanda ini .maka dia akan segera bersedia menghadapi kematian .jika orang itu seorang yang munafik pabila saat dia sedar akan tanda tanda ini tetapi mereka akan merasa pelik dan hanya akan terus lalai dengan dunia .Nauzubillah .

setelah membaca semua ini hati saya ada terdetik sedikit .apakah saya akan dapat merasakan tanda tanda in?
macam mana saya tak sedar akan tanda ini ? ya Allah ampunkan lah segala dosa saya .berikanlah aku hidayahMu .setiap saya terfikir bagaimana maut akan menjemput saya .adakah saya akan bersedia untuk mati .Nauzubillah
 
walaupun saya ni tak lah baik mana .saya tidak lah seorang yang kuat agama .tapi bile terfikirkan tentang mati hati saya akan tetap takut dan gerun terfikirkan tentang keadaan di alam kematian .jadi sebagai seorang yang beragama Islam .kita harus sentiasa bersedia dan beringat bahawa ajal pasti akan datang menjemput kita kelak cuma kita saja yang tak tahu bila ia akan berlaku .dunia hanya sementara dan akhirat adalah selamanya .moga kita semua sentiasa dilindungi dan akan ditetapkan imannya ya Allah .Aminnn ^^

 

setakat ini sahaja post saya kali ini .sampai kita akan berjumpa lagi next time :) insyaAllah .byebye Assalamualaikum ^^




 
 

No comments:

Post a Comment