Ok malas nak merepek panjang panjang sebab nanti korang mula nak mengamuk hempuk laptop ke keyboard ke sebab baca entry aku yang menyebabkan korang nak belasah kucing jiran sebelah. Weird isn't it? huuhh. Ok actually saya nak ceritakan pengalaman manis, pahit, masam, masin pun, nak muntah, meloyakan pun ada ketika saya terpaksa dan dipaksa oleh kerajaan untuk berkhidmat untuk negara. What the freak kann? kenapa warga remaja yang dijadikan mangsa?! kenapaaa?! ok emotional aku bila fikir balik aku terpilih untuk menjoin kan diri untuk National Service. but then semua perasaan tu hanyalah seketika saja. Trust me rasa taknak pergi lah, rasa nak memaki hamun kerajaan la apa la tu memang sekejap je sebenarnya. Nak tahu kenapa? Akan saya ceritakan..
Aku telah terpilih untuk menyertai latihan khidmat negara dekat Negeri Sembilan dan kem tersebut telah diberi nama Kem PLKN Rekreasi De' Bana di Daerah Jempol. Tarikh pendaftaran pula jatuh kepada 1hb Januari 2012. *dah lama dahh sebenornya barulah nak cerita sekarang* ok. Aku kena daftar diri dekat Stesen Bas Muadzam Shah Pahang after that aku dibawa menaiki bas yang sungguh indah dan lawa gituu. haha bas plkn la apa lagihh. Perjalanan selama 2 jam itu sangatlah mendebarkan. Aku rasa nak terjun dari bas je tahu tak. Berharap something bad happen ke kan. *astaghfirullah* tapi betul rasa macam a ride to the hell. HAHA.
Sesampai je simpang ke kem kami tu terus aku dah nampak benda alah yang bergayut gayut tu, yang ada kolam jadah apa semua tu *actually aku dah lupa nama dia*. aku dah rasa nak pengsan and rasa macam this is it. Inilah 'neraka dunia' for most of the people lah panggil national service nihh includes me . heee So gambar bawah ini adalah pintu masuk ke 'neraka dunia' aku. hahaha
So after masuk dalam kem ada lah ceramah la kan sesi pendaftaran lah kan apa lah kan macam macam lah nak dibuat. And then kesemua pelatih ni akan dibahagikan mengikut Kompeni or Group la senang. Ada 3 kompeni dekat kem aku iaitu Alpha, Bravo dan Charlie dan aku disumbatkan ke kompeni Bravo. Of course ramai lagi rakan rakan seneraka aku disumbatkan ikut kompeni. Oh lupa nak cakap kem aku pelatihnya datang dari states yg berbeza. Ada dari Pahang, Johor, Negeri Sembilan and Keyhh Elll puns ada ok.
So bermulalah hidup aku as pelatih khidmat negara selama 3 bulan. Tapi kan sebenarnyaa tak sampai pun 3 bulan. Adalah dalam 2 bulan setengah jer punn. Bukannya lama tapi bila dah masuk rasanya lama macam 13 tahun stuck kat dalam tuu. haha Aku nak tunjuk gambar dorm aku atau lebih fohhfiular bilik hotel kami. Aku ditempatkan kat dorm F. Dorm yang ke 6. Dorm yg penuh dengan manis masam pahit tawar kami semua.
Ok, antara aktiviti yang dilaksanakan dalam NS nih dia terbahagi kepada 3 modul iaitu fizikal, pembinaan karakter dan khidmat komuniti. Modul fizikal ialah benda alah yang aku paling takutkan paling menyampah nak buat kat NS ni. Contohnya seperti dibawah:
So this is basically modul untuk fizikal lah kita buat yang gayut gayut tu kan. Sebenarnya banyak lagi aktiviti dia tapi akibat malas so takdelah nak upload bebanyak. hehe *sorry* And the most best things to do for fizikal is MENEMBAK! Omg serious wehh shooting with M16 tu super awesome. Rasa macam real askar tengah battle kat medan perang puns ada. haha I mean seriously it was fun. Tu paling best lah untuk modul fizikal for me. Lain punya aktiviti untuk fizikal kann hmm from my experience lah kan erghhh annoying and irritating. So malas nak cerita. HAHAHA
Ok second modul pulak is Multi-Skill. Modul MS ni banyak dalam kelas. Kita belajar duduk dalam kelas dengar cikgu membebel kat depan kan macam tu lahh. Modul MS ni menekankan tentang diri kita sendiri. Contohnya kita punya confident level, matlamat hidup kita, kita punya visi misi hidup like that laa. Seronok lahh macam belajar sivik dan kewarganegaraan tu jugak tapi lebih advance.Aku lebih suka benda benda macam nilah daripada tergayut gayut tu actually so aku memang enjoy dekat dalam kelas MultiSkill. hehehh Ini gamba from my camp dalam Modul MS:-
So yeahh this is it. Seronok sangat untuk Modul MS ni. Aku enjoy habis lah kalau tiap kali ada kelas MS nih. Dapat menari, menyanyi, melalak, menangis pun ada kat dalam kelas MultiSkill nii. Konklusinya aku sangat menyukai Modul MultiSkill ;) Thank you kepada cikgu cikgu yang awesome yg mengajar kami kat dalam Modul MS.
And this is the last modul for National Service, Modul Khidmat Komuniti. Modul Khidmat Komuniti ni pulak sebenarnya macam charity punya kerja lahh. Kita bergotong royong membersihkan kawasan kem ke, or else kita keluar dari kem pergi kampung yang berdekatan dengan kita bersihkan surau or sekolah, tadika or stuff. Eh aku suka lah modul ni. Seronok apa kita buat charity. Khidmat Komuniti ni ada jugak buat game macam the explorer, teka teki ke, bina bangunan guna straw la macam macam lah so memang best lah kann, Who doesn't love it right? I mean yelaaa at least korang mana yg tak pernah sapu sampah rumah sendiri tu pun dapat jugak menyapu kawasan kem kan. Dapat jugak buat amal kabajikan kan. Ehh? Hahaha
So this is a few pictures about Modul Khidmat Komuniti:-
So ini adalah Modul Khidmat Komuniti. Sangatlah enjoy sebenarnya. Actually semua modul sangat seronok. Semua modul ni berguna untuk kita after kita keluar dari NS ni. Apa yang kita belajar kat dalam NS sebenarnya kita boleh praktikkan kat dunia luar yang serba luas ni. Aku bersyukur sebab aku dapat merasa apa itu Khidmat Negara ni. Aku dapat timba banyak ilmu kat sini plus banyak jugak pengalaman baru yang aku dapat simpan. Tak rugi kerajaan Malaysia tubuhkan Khidmat Negara nii. Dulu aku ada masalah dalam confident level aku. Aku selalu rasa macam pemalu nak cakap kat depan. Nak tegur orang yang baru kenal ke memang tak lah kalau dulu. *sekarang pun sama jugak* tapi sebenarnya bila dah masuk NS ni aku jadi berani nak buat speech kat depan la, nak join pertandingan apa apa la. So aku rasa macam oh wowww ada peningkata la kat diri aku ni. So that was good kan.
Segala apa yang kita perolehi daripada Khidmat Negara ni sangatlah bagus sebenarnya. Korang mana yang tak pernah rasa khidmat negara ni sangatlah rugi. So I'm thankful and blessed with this most precious and special experience I ever had here. Alhamdulillah la kann. Oklah so sekianlah kisah aku pasal kehidupan 'neraka' yang tak seberapa neraka pun sebenarnyaa. Entah siapa je yang rasa PLKN ni neraka. TAK PUN SEBENARNYAA! Alaa kalau kau baik perangai kat dalam kem ni tak la rasa neraka tu, kau jahat banyak buat kes buat hal haa rasalah nerakanya . If you know what I mean lah kan. HAHA
So that's it lah. Thank you guys mana yang sudi baca post pasal national service ni. Sebagai hadiahnya this is a few random photos of me and my NS friends ;) thanks a lot guys!
Waktu hari nak ambik gamba sebagai kenangan, HAHA
Hari menembak with M16 dekat Mantin
Terharu rasa bila bestfriends datang lawat kami with their family ;)
Antara barisan Jurulatih yang comei comei gitewww :D haha
Tidur dalam hutan woii! Syiokk woiii!
Dah takde kerja ni lah jadinya. haha
Wirajaya for Modul Fizikal : tido dalam hutan. Fun!
Sebelum solat maghrib pun sempat ok. ahaha
Tengah berkawad sempat tunjuk peace :) ok great !
My Chinese friends! They're awesome!
Before Maghrib at Padang Kawad for roll call :)
The most tallest women in De Bana. Natasha from JB ;)
After a long tiring day, this is what we do.
Best Guys Friends
Bestfriends aku kot Tasha nii :)
Cikgu cikgu :)
Atas gunung. Sumpah best!
Haha this one for MultiSkill Class ;) hahahaha
Kem kitaorang ada air terjun taww. Gila best!!
Kesian dia jatuh. HAHA me? let's keep it secret :P
Best ahh mandi air terjun!
Modul Fizikal. Navigasi, panjat gunung woiii! Haha Awesome!
My Fellas :)
Haha this one funny! hari jamuan setiap kompeni.
Haha kecik je cikgu kitaorang :) Cikgu Azlin
Pintu Gerbang nak masuk kem!
Mercu tanda Kem De Bana. See that besar punya batu!
You know what, kat kem aku banyak gila binatang nihh. Erghhhh!
See that yellow shirts man? Dia ni lah bos besar atau Kem Komandan or Komandan Kem ehh? Ahh who cares :D
Stage dekat padang kawad!
My Company punya flag!
Barisan Jurulatih Lelaki. This one for sambut kelahiran nabi kot ke majlis apa entah dah tak ingat lerrrr.
Perbarisan penutup. our second last day! :(
Memories at lapang sasar after menembak kot ni. haha
They're super awesome!
Last day of National Service Kump 1 Siri 9 2012 in 17th March. Dah nak balik. Extremely sad :(
So yes this is my memories at national service. Sangatlah best ok. Moga kenangan ini diabadikan hingga ke akhir hayat insyaAllah. Bagi korang yang bakal terpilih for national service, pergilahhh! Have fun! Rasailah keseronokan tentang khidmat negara ok. So that's it for my post here. Thanks for reading. Till next time. Assalamualaikum.
Great ! I will be there this 6th april :D
ReplyDelete