Wednesday, November 7, 2012

Study Time! Politeknik Merlimau Melaka!

Assalamualaikum kepada warga blogger yang cantik comei manis menawan indah rupanya yang manis hatinya ohh wajahmu bak bulan purnama....... ok stop stop. Aku dah mula nak cakap nonsense nonsense nii. Haha. Dah lama tak update blog tak seberapa nak cantik nii. Bila dah rindu dan bosan mulalah kita nak buat karangan kat sini kan. Dah tu kat mana lagi boleh kita buat karangan selain kat sekolah dan blog? Ya tak? Haha.

Ok my point harini just nak cerita yang aku officiallynya akan menyambung pengajian ke peringkat diploma. Alhamdulillah syukur wehh akhirnya impian aku tercapai jugalah nak ke menara gading. Even aku just sambung kat Politeknik je takla semegah sambung kat UKM, UM, UPM tapi aku tetap bersyukur ada rezeki nak sambung belajar. Hehe. Lagipun result SPM ku pun cukup cukup je ha, ala memang betul betul ngam jelahh. Ada A, ada B, ada C, ada E! haa cantikkan result SPM aku tuu. 

Aku akan sambung kat Politeknik Merlimau Melaka yang akan bermula pada 10hb Disember 2012. OMG OMG aku tak sabar sangat rasa macam nak gangnam dance tiap malam. Hoho. Aku ditawarkan dalam bidang Hospitaliti which is dalam kos Pengurusan Pelancongan. Yeahh aku akan study tentang tourism punya management. Fun aite? But then kan ada lah a few strangers yang aku jumpa dulu cakap kat aku masa aku tengah kerja kat kedai buku dulu. Dia cakap macam nii:-

*Situasi: Kat Kedai Buku Aku Tengah Fotostat Kertas Customer Ni*
 
Customer: Adik kerja sini lama dah ke? tak sambung study?

Aku: Baru je. InsyaAllah hujung tahun ni kot.
 
Customer: Oh sambung kat mana? Kos apa?

Aku: Dekat politeknik kat melaka. Saya dapat pengurusan pelancongan.
 
Customer: Ha pelancongan je? Lahaii dik, nanti ada ke market kerja ke? Asal tak pilih engineering ke? Bisnes ke? At least peluang kerja banyak jugak kann. 

Aku: *buat duckface* ala saya dah dapat belaja ni pun cukup bagus. Market kerja tu tak kisah. Saya tak memilih. Ada rezeki ada lah, Saya ni bukan pandai sangat. SPM punya result pun cukup cukup jea. Kalau takde kerja kat Malaysia saya boleh kerja oversea. Tourism ni banyak je kan peluang dia kat luar negara kot.
 
Customer: Oohhh yelaaaaa. *angguk angguk kepala*

Aku: *jeling jeling dia* 

So ini adalah situasi pertama yang aku ceritakan bila diaorang tanya pasal aku. Actually ada 3 orang lagi yang tanya benda yang sama kat aku. Tapi jalan cerita dia lebih kurang je yang kat atas nii. Sebenarnya kenapanya dengan kos Tourism ni? Memang takda peluang pekerjaan ke apa? Takkan lah takde kot. Dahtu kenapa dekat kebanyakan IPT kat Malaysia ada kos ni. Haa ce kabo? ce kabo? hmmm. Rasa down jugak bila orang cakap macam ni. Rasa nak je pergi tasik putrajaya lepastu main selam selam muka sampai lemas. *sobs* 

Tapi lepastu ada je yang cakap, peluang pekerjaan memang ada cuma kita kena pandai la cari. Ada saudara aku tu sambung study kos Tourism la. Sekarang kan dah menetap dekat Istanbul kau kerja under kedutaan Malaysia. See that? see that? Siapa cakap takde peluang bekerja? Memandai je korang. InsyaAllah ada je tuu kalau kita pandai dan bijak menentukan masa depan kita kan kann. 

So actually tak kisah la kos apa sekalipun kita nak belajar janji kita fokus dan usaha waktu belajar and kita bijak mencari kerja insyaAllah lah. So aku pun dah tak sabar nak menjejakkan kaki aku kat Politeknik Merlimau hujung tahun nii. Rasa macam disinilah bermulanya hidup baru aku. Hidup aku sebagai pelajar. Yeaaaaayyyyy! 

So harap harap aku akan berjaya untuk menggenggam segulung diploma dekat sini. Doakan semoga aku dapat fokus waktu belajar. Dah tak main main ke insyaAllah. Ini aku nak share gambar pintu masuk je ke Politeknik Merlimau.

     Inilah dia pintu masuk ke kawasan Politeknik Merlimau. My new second house :)
    Hopefully cara belajar aku pun macam ni. Komprem best!!

So that's it for this time. Kita jumpa lagi lain kali ok. Aku doakan moga kepada semua batch 94' yang sambung study tak kira lah kat mana jua sekali korang semua akan berjaya dan sentiasa ada masa depan yang cerah merah dan megah termengah mengah :D ok? INSYAALLAH. Sampai sini duluan yaa. Gue pergi dulukk. Makasih kokk. Haha Ok byebye!

3 comments:

  1. kos tourism skrg is one of the demanding job tau. market die sangat sangat besar.jgn dgr cakap org.:) dulu kak mia nak ambik tourism tp tak dpt.ngehngeh.

    ReplyDelete
  2. Salam nak tanya ni. Tourism kat poli belajar subjek apa?

    ReplyDelete
  3. Salam nak tanya ni. Tourism kat poli belajar subjek apa?

    ReplyDelete